eMail PERCUMA PI - Mailaxy

Akhirnya dapat juga Email pengesahan menjadi
Penguji eMail terbaru PI - Mailaxy 


Menu Email Terbaru PI ini sebenarnya sudah ada di Menu Utama PI Homepage - My eMails seperti gambar di bawah



Sebagai Ahli PI - Perfect Internet yang mendaftar [ Klik Sini ] PERCUMA seumur hidup anda secara automatiknya boleh mendaftar dan mendapatkan kemudahan Email PERCUMA dari PI Perfect Internet. Terdapat 6 pilihan Domain Email dan rasanya ianya hanya akan diberikan 3 sahaja domain utama sepertimana yang telah diundi oleh semua ahli PI di WC - Wazzub Community


 

 Jom lihat apa yang ada di dalam MailAxy ini

1). Muka Depan - Wall Utama Mailaxy : 

Sebaik shj anda login ke Email PI anda - Mailaxy, laman utama adalah seperti gambar di bawah.



2). Menu Mailaxy : Inbox



3). Contoh Terima Email :  

TIADA Iklan (ADS) seperti yang dilakukan oleh Google / gmail atau Yahoo.com



 No 1 : 
Pilihan samada email yang anda terima dari orang dikenali atau tidak (spam email). Jika anda tick pada spam (Yes) pada setiap email yang diterima selama 3 kali berturut-turut, email pengirim tesebut akan disekat dan anda tidak akan menerima emailnya lagi

No 2 : 
Semua link laman web disekat / TIDAK boleh diklik Seperti ini http://www.facebook.com/iLikeMyPi


No 3 : 
Anda perlu Tick (gambar di atas No 2) " Enable external content ' untuk mengaktifkan patutan / link laman web tersebut. Lihat gambar dibawah selepas dibuka barulah link laman web tersebut boleh diklik dan bertukar warna biru > http://www.facebook.com/iLikeMyPi




4). Hantar Email :

Anda boleh Tick " Request receipt " supaya penerima membalas email anda setelah menerimanya. Fungsi ini kebanyakkan hanya terdapat di domain website berbayar sahaja. Lihat Gambar dibawah      




5. Setting :  Gambar di bawah.





Itu sahaja yang dapat diulas email terbaru PI - Mailaxy. Cara daftar dan kemaskini  profile memang mudah dan jelas cara menggunakannya. Yang Paling best dan pastinya bakal menjadikan rebutan dan kegemaran Pengguna Internet mahu pun pakar-pakar internet di seluruh dunia ialah anda TIDAK dikelilingi ADS yang menyerabutkan mail anda, di sebelah kanan wall email anda TIADA sebarang iklan pun sepertimana email anda di gmail.com atau yahoo.com

Bagaimana nak daftar email TERBARU PI ini ? Ianya akan dibuka setelah semua siap dan lengkap serta bersedia menerima pendaftaran. Anda perlu daftar menjadi ahli PI - Perfect Internet terlebih dahulu dengan klik link di bawah. Langkah demi langkah cara mendaftar yang lengkap bergambar
http://ilikemypi.blogspot.com/2012/08/daftar.html

Pengumunan rasmi akan diwar-warkan di dalam Berita Terkini, di tab Menu PI Homepage anda - My News / Berita. Sila semak setiap hari kerana semua perkembangan harian terkini PI akan dikeluarkan di PI  My News / Menu " Berita" atau Webinar PI mingguan - 2 kali sebulan setiap hari Khamis dan Jumaat.

Cara Nak Join Webinar Live PI di
http://ilikemypi.blogspot.com/2012/10/webinar-pi-perfect-internet.html


Di bawah ini adalah Gambaran Homepage PI yang anda boleh tentukan dan bentuk profile dengan warna kegemaran anda ! Ianya dalam proses dibangunkan oleh pakar-pakar IT @ programer di PI - Perfect Internet.




Filem Life Of Pi - Tayangan Di GSC mulai 29 November 2012



GSC Movie - LIFE of PI
Tayangan Di Pawagam Golden Screen Cinemas 
mulai 29 November 2012

Filem Life of Pi adalah hasil dari Pengarah Ang Lee (Brokeback Mountain, Crouching Tiger, Hidden Dragon) menghasilkan sebuah filem yang menggemparkan mengenai seorang pemuda yang melalui rintangan dan dugaan di laut. Filem Life of PI yang mengajak penonton merasai satu perjalanan epik pengembaraan dan penemuan yang tidak pernah diduga dalam kehidupan PI.

Walaupun terdampar diatas bot penyelamat, beliau membentuk sambungan yang menakjubkan dan tidak diduga telah terjumpa dengan kapalnya dan ianya adalah harimau Bengal yang menakutkan


Ang Lee sudah dua kali merangkul Oscar iaitu melalui Crouching Tiger, Hidden Dragon lakonan Datuk Seri Michelle Yeoh (Filem Bahasa Asing Terbaik) diikuti filem cinta songsang, Brokeback Mountain (Pengarah Terbaik).

Kalau sebelum ini dia lebih condong dengan karya dari China dan Barat, namun kali ini melalui Life of Pi, Ang Lee nampaknya cuba mengangkat pula kisah dari Benua India yang penuh dengan rahsia dan kejutan.

Menariknya, Life of Pi adalah novel pengembaraan fantasi karya Martel yang ditulis pada 2001. Peranan protagonis dalam kisah ini adalah Piscine Molitor ‘Pi’ Patel, seorang kanak-kanak India dari Pondicherry yang menempuh pelbagai peristiwa bercorak spiritual, sekali gus menguji keberaniannya sejak kecil lagi.

Ketika mencecah remaja, Pi yang juga anak kepada seorang penjaga zoo menempuh satu pengembaraan menakjubkan apabila keluarganya mahu berhijrah ke Winnipeg, Kanada. Turut dibawa belayar bersama mereka, beberapa haiwan. Namun tanpa disangka-sangka, di tengah-tengah Lautan Pasifik, kapal mereka karam dipukul ribut taufan.

Dengan sebuah bot yang kecil, Pi bagaimanapun terselamat dan apa yang tinggal bersamanya hanyalah seekor kuda belang, orang utan, hyena dan harimau Bengal bernama ‘Richard Parker’. Di sinilah Pi berdepan satu lagi ujian terbesar kerana terpaksa meneruskan ‘survival’ di tengah-tengah lautan selama 227 hari. Akibat kebuluran, satu demi satu haiwan bersamanya mati kecuali harimau yang ganas itu.

Kini Pi perlu berusaha menyelamatkan dirinya daripada dibaham Richard Parker yang kelaparan. Lalu dengan bijak dan berhati-hati, dia memberanikan diri mengajar harimau itu menukar dietnya dengan meratah ikan. Inilah antara plot yang menarik dalam novel dan filem ini kerana ia akhirnya mewujudkan perasaan kasih sayang antara manusia dan haiwan.

Melalui kesan visual yang menakjubkan, penonton akan dapat melihat Pi dan harimaunya itu menempuh pelbagai peristiwa luar biasa yang tidak pernah disaksikannya di tengah-tengah lautan, tidak kira siang ataupun malam. Inilah tarikan istimewa Life of Pi yang mahu Ang Lee tampilkan kepada dunia.

Watak Pi sendiri dari kecil sehingga dewasa dilakonkan beberapa pelakon seperti Gautam Belur, Ayush Tandon, Suraj Sharma dan Irrfan Khan. Pelakon penting lain termasuklah aktor handalan Perancis Gerard Depardieu, bintang Bollywood handalan Tabu, Adil Hussain, Rafe Spall dan Shravanthi Sainath. 

Irrfan, 45, sebelum ini membintangi filem Slumdog Millionaire, The Amazing Spider-Man dan The Namesake. Tabu, 41, pula terkenal melalui filem Hindustan seperti Hum Saath-Saath Hain, Maachis, Thaksyak dan Virasat. Suraj, 19, sebelum ini belum pernah berlakon dalam mana-mana filem yang besar.

Menarik juga dinyatakan, novel asal Life of Pi ini pernah lima kali ditolak syarikat penerbitan di London sehinggalah diterima Knopf Canada yang yakin menerbitkannya pada September 2001. Ia juga berjaya diterjemahkan ke bahasa Peranchis, L’histoire de Pi dan pernah memenangi anugerah di United Kingdom, Afrika Selatan serta Asia-Pasifik.

Kini Life of Pi sudah bersiap sedia untuk ditonton seisi keluarga pada musim cuti sekolah ini. Kita tunggu mulai 29 November ini dan lihat apakah impaknya akan mampu menjadi sehebat Avatar. Di Malaysia, Life of Pi akan turut ditayangkan di pawagam layar tercanggih, Malaysia IMAX Sunway Piramid untuk kesan 3D paling hebat.

Jom Tengok Trailer Filem Life of File



  
Filem Terbaru di GSC  - LIFE of PI

www.facebook.com/iLikeMyPi